Tuesday, December 23, 2008

Jaga Enjin & Jimat Minyak

Jimat PETROL/DIESEL sehingga 28%
Promosi Minyak Penjimat Petrol & Diesel
AutoMax Nanotech Fuel Enchancer·

* Menjimatkan Petrol/Diesel sehingga 28%·
* Memanjangkan jangka hayat enjin·
* Menambah kuasa kereta·
* Tidak menyumbat penapis petrol·
* Mengurangkan pembebasan asap berbahaya sehingga 98%·
* Melindungi alam sekitar·

Dan apabila anda mengambil kira kos penyelenggaraan yang berkurang, anda akan menyedari bahawa jumlah penjimatan sebenar adalah jauh lebih banyak.

Anda hanya memerlukan 1ml AutoMax NFE untuk merawat 5 liter minyak. Setiap botol (120ml) boleh merawat 600 liter minyak.

“INSURANS LIABILITI USD1,000,000”

Melebihi 15 bilion kilometer perjalanan sebenar yang selamat serta tanpa masalah di seluruh dunia, dan TIADA SATUPUN TUNTUTAN!·

Harga = RM39.80

Sunday, December 21, 2008

Kitar Semula Perbelanjaan Harian

AmBank Credit Card = Ca$h BacK
sehingga 31 Ogos 2009
10% rebate - RABU
5% rebate - other day
Perbelanjaan Petrol Station & Groceries Anda
" Let us make u smile "
CARA URUSNIAGA KAMI UNTUK MENDAPATKAN [eV $]

KAD KREDIT @ KAD BAYAR eCosway + AmBank

Walau di mana anda gunakan
- Isi Minyak - Bayar Bil - Belanja Dapur
- Dan Lain-lain

99% anda boleh gunakan Kad ini dalam kehidupan harian anda untuk jana pendapatan semula!
Yang best nyer bila anda jadi introducer kepada Pemegang Kad Kredit, anda akan dapat RM50 terus ke dalam kad!
Selain eV @ RM anda akan dapat ialah :

Nilai Mata Kad [ CVP ]
RM100 = 1 CVP

* CVP diberi berdasarkan jumlah perbelanjaan terkumpul bulanan untuk :
Sertai Lelongan Dalam Laman Web www.eCosway.com/home/your ID

Thursday, July 31, 2008

Penapis Air Istimewa



Nak tengok Demo ->
http://www.ecosinfo.com/videos/en_US/hexagon/8stage/player2.html


Adakah Air Yang Selamat DAN Menyihatkan Wujud?
YA! Jawapannya ialah Air Hidup yang juga dikenali sebagai Air ╥

“Air Hidup” adalah satu terma yang dikhaskan untuk air yang selamat DAN meningkatkan kesihatan. Ia mempunyai beberapa sifat unik yang penting untuk melembapkan sel-sel dan menyokong fungsi kehidupan. Salah satu sifat yang menarik ialah Air Hidup membentuk Kristal enam-segi seperti kelupasan salji dan mengandungi kelompok molekul air kecil yang boleh menembusi sel-sel dengan senang dan melakukan fungsi badan yang penting.

Menurut Dr Akihiro Yamashita, professor di Jabatan Pertanian, Universiti Nagoya, Jepun, air ╥ amat menyerupai air dalam badan manusia yang mengandungi Tenaga Hidup or “Tenaga untuk Kehidupan”. Ia mempunyai rasa yang lembut dan menyegarkan dan sesuai untuk menyokong proses-proses di dalam badan. Ia juga meningkatkan proses perkumuhan dan ditoksifikasi, dan membantu mengekalkan fungsi badan yang sempurna.

“Air yang berbentuk hexagon ialah air untuk kehidupan! Semua organisma biologi menggemarkannya dan mereka didapati mengalami peningkatan dalam pertumbuhan, keberkesanan metabolisme dan pengaktifan enzim. Sebaliknya kehilangan air berbentuk hexagon dari badan boleh dikaitkan dengan penyakit, kekurangan tenaga dan penuaan”
The Water Puzzle And The Hexagonal Key, 2004
oleh Dr. Mu Shik Jhon


Jika anda ingin kesemua manfaat yang boleh diberi oleh air - badan yang langsing dan sihat, bertenaga dan kehidupan yang ceria - anda perlu meminum air yang bukan sahaja selamat, bersih dan suci, tetapi juga penuh dengan tenaga, pH seimbang supaya serasi dengan cecair badan, kaya dengan oksigen dan berbentuk hexagon dalam kelompok kecil untuk penyerapan yang mudah ke dalam sel badan.


Air Hidup (Air ╥) mempunyai 6 Ciri-ciri Penting

1. Bersih & Tidak Tercemar
Bebas daripada kotoran, racun serangga, klorin, bahan kimia organic tidak stabil, logam berat (plumbum, merkuri, kuprum, arsenic, dll)

2. Bertenaga
Air ╥ terion dengan sempurna dan mengandungi tenaga penting yang bergema seiring dengan beribu-juta sel-sel badan untuk melakukan pertukaran proses biologi dan kimia yang penting.

3. Kaya dengan mineral
Air ╥ kaya dengan mineral ionik yang boleh diserap dengan mudah oleh badan untuk penyuburan dan metabolisme. Kandungan mineral juga boleh meningkatkan struktur dan rasa. Ini sebabnya air ╥ rasa lebih manis secara semula jadinya berbanding dengan air turasan yang lain.

4. Alkali
Air ╥ beralkali lemah dan berada dalam kumpulan pH sempurna iaitu di antara 7.2 - 8.5 untuk menangani masalah badan berasid yang disebabkan oleh tekanan atau diet yang tidak sihat bagi mengekalkan keseimbangan sistem badan kita.

5. Beroksigen
Air ╥ menyerap dan menyimpan lebih banyak oksigen berbanding dengan air paip. Meminum air ╥ akan membantu meningkatkan pengambilan oksigen di dalam sel kita seterusnya menjadikan badan kita sentiasa segar.

6. Kelompok Molekul Yang Lebih Kecil
Sel-sel manusia dan cecair badan mengandungi kelompok air berbentuk hexagon yang kecil. Air ╥ mempunyai kelompok air berbentuk hexagon yang boleh digunakan oleh badan serta-merta. Sebaliknya, air paip dan air yang lain biasanya mempunyai kelompok molekul lebih besar yang perlu dibentuk semula atau dipecahkan oleh badan sebelum digunakan. Oleh kerana air ╥ mudah menembusi membrane sel, ia adalah lebih berkesan dalam membawa masuk nutrient dan menyingkirkan tosin daripada sel kita.

Biasanya, saiz kelompok molekul air paip, air RO dan air suling adalah di sekitar 128Hz manakala air mineral botol adalah di antara 90Hz dan 100Hz. Sebaliknya, saiz kelompok molekul air hidup yang dijumpai di kampung panjang usia adalah di bawah bacaan 60Hz


Hexagon ╥ Water System


Pilihan penapis air yang lebih baik dengan 8 manfaat untuk air minuman yang menyihatkan

√ Menyingkirkan klorin, kotoran, racun serangga, bahan kimia organik yang tidak stabil dan logam berat di dalam air dengan berkesan.

√ Membekalkan air dengan tenaga dan air menyimpan lebih banyak oksigen untuk serapan selular

√ Memperkayakan air dengan mineral ionik dan mineral surih

√ Memberi air yang berkelompok molekul berbentuk hexagon kecil yang boleh diguna serta-merta oleh badan

√ Menghasilkan air yang boleh meningkatkan rasa makanan dan minuman

√ Tidak perlu dididihkan sebelum minum jika air berasal daripada loji rawatan

√ Mudah dipasang dan dijaga


PENAPIS AIR ╥ 8 PERINGKAT

Lapisan 1 : Penapis Seramik
· Menapis bakteria dan virus berbahaya
· Menapis 99.99% bahan pencemar, mendakan dan karat

Lapisan 2 : Resin Penukaran Ion – diluluskan oleh US NSF ANSL/NSF
· Mengubah kandungan magnesium dan kalsium untuk rasa air yang lebih baik

Lapisan 3 : Butiran Karbon Teraktif – diluluskan oleh NSF ANSI/NSF – 42 & SGS
· Menyerap klorin, bau busuk dan warna dalam air

Lapisan 4 : Elemen Mineral – SGS diluluskan 100% Batu Mineral Asli
· Menambah kandungan mineral ionik seperti besi, magnesium, zink, kalsium, sodium, potasium, mangan dan lain-lain
· Meningkatkan pH air kepada alkali lemah, untuk menyamai takat pH badan manusia iaitu 7.2 – 8.5 untuk mengurangkan keasidan badan akibat cara hidup yang kurang sihat

Lapisan 5 & 6 : Mineral Anion + EC3000 Manik-Manik Bertenaga FIR
– dari Jepun
· Menjadikan air lebih manis. Membekalkan ion-ion negatif untuk membantu meneutralkan dan mengelakkan kerosakan radikal bebas
· Mentenagakan air dan memecahkannya kepada kelompok molekul kecil untuk penyerapan optima oleh sel badan

Lapisan 7 : KDF + Butiran Karbon Teraktif – diluluskan oleh NSF
· Meneutralkan bahan organik dan bukan organik, bahan kimia, merkuri, Trikloroetilena (TCE), dan Trihalometana (THM), bahan radioaktif dan molekul-molekul logam berat yang lain
· Mengurangkan pembiakan bakteria berbahaya
· Memastikan penyingkiran klorin, bau busuk, warna air dan bahan-bahan toksik lain yang sempurna

Lapisan 8 : Batuan Magnetik
· Membentuk medan magnet untuk memecahkan lagi kelompok molekul air yang besar. Air ╥ mempunyai bacaan 46 - 48Hz yang disahkan oleh NMR (Teknologi Gemaan Magnetik Nuklear)





Perkongsian Pengalaman oleh Pengguna Yang Gembira…

“Mendidihkan air sebelum minum sudah menjadi tabiat yang dipupuk sejak kecil untuk memastikan air tersebut bersih dan selamat. Namun, kini saya yakin dengan Air ╥ HexagonTM sehingga saya boleh meminumnya tanpa didihan.“
Mdm. Hee, 63, Segamat, Johor

“Meminum Air ╥ HexagonTM membantu melegakan sakit tekak saya!“
Mr. Keven Loo, 28, Selangor

“Sejak saya mula meminum Air ╥ HexagonTM, saya tidur dengan lebih lena dan rasa lebih bertenaga keesokan harinya.
Mdm. Karen Kuan, 50, KL

“Anak saya yang berumur 6 tahun tidak gemar meminum air kosong yang biasa. Namun sekarang dengan ‘rasa manis’ Air ╥ HexagonTM, air ini telah menjadi minuman kegemarannya. Saya tidak lagi perlu bimbang sama ada dia meminum air yang mencukupi.”
Mdm. Jennifer, 42, Selangor

“Air ╥ HexagonTM meningkatkan rasa sup dan kari apabila digunakan dalam masakan. Kini, ahli keluarga saya lebih gemar makan di rumah!”
Ms AK, 35, KL

“Saya amat gembira kerana tumbuhan saya yang dulu terbantut pertumbuhannya kini boleh bertumbuh dengan sihat setelah saya menyiramnya dengan Air ╥ HexagonTM.”
Ms. Lili Lim, 26, KL

“Tumbuhan akuatik dan ikan peliharaan saya membesar dengan sihat selepas 5 hari menggantikan air di dalam akurium saya dengan Air ╥ HexagonTM.”
Mr. Lau, 28, KL

“Anak perempuan saya amat menyukai Air ╥ HexagonTM. Sejak itu selera makan dia telah meningkat dan dia mudah membuang air besar. Kini dia membesar dengan sihat dan riang.”
Mdm. Yap, 36, KL



Soalan-soalan yang Sering Diajukan


S1: Bolehkah saya minum air bertapis terus daripada unit HexagonTM Air ╥ 8-Peringkat?
J: Ya, HexagonTM Air ╥ 8-Peringkat bukan sahaja memberikan air yang bersih, malah air yang menyihatkan badan. Pendidihan air sebelum diminum sudah dilakukan sekian lama untuk memberikan ketenangan jiwa bahawa air adalah bebas daripada bakteria. Namun pada hakikatnya, air yang sudah diproses oleh majlis perbandaran sudah diklorinkan untuk membunuh kuman. Maka, secara teknikal, air paip sudah bebas-bakteria. Maka, pendidihan tidak diperlukan lagi. Apa yang diperlukan adalah satu system penapisan air yang baik untuk mengeluarkan bahan pencemar yang hadir di dalam air paip seperti klorin, logam berat, karat, plumbum dan lain-lain. Namun, ia tidak menjadi masalah jika anda ingin mendidihkan air untuk membuah minuman atau masakan.


S2: Bolehkah saya menggunakan unit ini untuk menapis air bawah tanah yang tidak diproses oleh majlis perbandaran?
J: Air bawah tanah mempunyai spectrum pencemar yang lebih luas. Ini bermakna adalah lebih penting untuk mendapatkan unit HexagonTM Air ╥ 8-Peringkat ini kerana ia dapat meningkatkan keadaan dan kualiti air bawah tanah. Untuk air jenis ini, hanya DIDIDIHKAN air bertapis sebelum minum. Jangan bimbang jika terdapat ada bintik-bintik putih di dalam air bertapis yang telah dididihkan. Bintik-bintik ini adalah kalsium yang tidak berbahaya. Air tapisan ini adalah bebas daripada bahan asing dan tidak akan menukarkan ion magnesium dan kalsium ke batu kapur.

Air tapisan hanya akan mengekalkan mineral yang menyihatkan badan manusia. Selepas membiarkan air tapisan menyejuk selepas pendidihan, bintik-bintik halus mungkin kelihatan terapung di permukaan air (ion magnesium) dan sesetengah pada dasar bekas (ion kalsium). Ini tidak membimbangkan kerana mineral ini bermanfaat dan selamat diambil. Jika sumber air adalah dari kawasan bertanah batu kapur atau kawasan yang berkalsium tinggi, maka kandungan kalsium di dalam air juga tinggi.


S3: Jika air bertapis berasa dan berbau “lain“, apa yang perlu saya lakukan?
J: Pertukaran pada bau dan rasa akan berlaku jika air dibiarkan bertakung di dalam unit yang tidak digunakan berminggu-minggu lamanya. Adalah dinasihatkan agar anda mengeluarkan katrij dan membuang air di dalamnya. Kemudian, bilas bekas berserta katrij. Pasangkan semula dan biarkan air mengalir selama sekurang-kurangnya 15 minit sebelum memulakan penggunaan semula.


S4: Bolehkah saya alirkan air panas melalui HexagonTM Air ╥ 8-Peringkat?
J: Tidak! Air panas akan mempengaruhi keberkesanan fungsi Penapis Seramik dan Butiran Karbon Teraktif di dalam system ini dan akan menjejaskan kualiti air bertapis.


S5: Adakah sifat air HexagonTM yang menfaedahkan kesihatan badan akan dimusnahkan selepas dididihkan?
J: Tidak! Semasa anda menggunakan air HexagonTM yang dididihkan kelompok molekul air akan berpecah buat seketika. Setelah air kembali sejuk, kumpulan molekul akan kembali seperti bentuk yang stabil dulu, kekal dengan semua sifat yang menfaedahkan kesihatan.


S6: Adakah air HexagonTM itu sesuai untuk bayi?
J: Pasti sesuai. Sel manusia dan cecair semula jadinya mengandungi air yang berbentuk 6 segi dalam kelompok yang kecil. Jadi, memberi Air ╥ HexagonTM yang mempunyai saiz molekul kelompok kecil dan menyihatkan kepada bayi/kanak-kanak adalah amat penting untuk memastikan penghidratan yang maksima bagi tumbesaran dan perkembangan mereka yang optima. Air ╥ HexagonTM adalah amat selamat dan merupakan air yang terbaik untuk mereka.


S7: Bolehkah pesakit minum Air ╥ HexagonTM dan mendapat faedah daripadanya?
J: Memang boleh. Kekurangan air dalam sel badan merupakan punca bagi pelbagai penyakit (sila layari laman www.watercure.com untuk maklumat lanjut). Pakar kesihatan dan doktor sering menggalakkan pesakit atau mereka yang sedang meminum air yang banyak. Air boleh menghidratkan sel dan mengalakkan penyingkiran toksik daripada badan. Oleh sebab Air ╥ HexagonTM boleh meresap ke dalam sel dengan lebih senang dan cepat berbanding dengan air yang lain, maka ia boleh mempercepatkan pemulihan badan dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan. Pesakit yang sedang pulih harus meningkatkan pengambilan Air ╥ HexagonTM sekurang-kurangnya 10-15 gelas sehari.


S8: Adakah Air ╥ HexagonTM yang beralkali sesuai untuk mencuci muka?
J: Air ╥ HexagonTM tidak mengganggu sifat asidik pada kulit muka. Tidak seperti air niasa, Air ╥ HexagonTM tidak mengandungi klorin dan bahan yang menyebabkan penuaan kulit. Ia mengandungi mineral dan oksigen yang bio-aktif, mempercepatkan pemulihan kulit secara semula jadi dan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.


S9: Adakah menyimpan Air ╥ HexagonTM di dalam botol akan menjejaskan sifat-sifat yang memanfaatkan badan?
J: Tidak, Menyimpan Air ╥ HexagonTM dalam botol tidak akan menjejaskan sifat-sifat yang memanfaatkan dalam Air ╥ HexagonTM. Tetapi, anda disyorkan untuk menggunakannya dalam masa sebulan. Jika tidak, kami menggalakkan agar anda menyimpannya di dalam peti sejuk.

S10: Apakah fungsi FIR dalam HexagonTM Air ╥ 8-Peringkat?
J: FIR bermaksud Infra Merah Jauh, ia merupakan sinaran daripada spectrum matahari yang berfaedah. HexagonTM Air ╥ 8-Peringkat menggunakan FIR kerana ia mempunyai panjang gelombang air semula jadi. Semasa air melalui katrij bertenaga EC3000, manik FIR yang bertenaga tinggi akan bergetar dan bergema dengan molekul air untuk memecahkan mereka kepada kelompok air bertenaga yang lebih kecil untuk menembus dan menyuburkan sel-sel anda – seperti air semula jadi hidup yang diberi tenaga oleh matahari dan medan elektromagnetik Bumi.


S11: Bagaimana Air ╥ HexagonTM dibandingkan dengan osmosis terbalik (RO) atau air suling?
J: Osmosis terbalik (RO) dan air sulingan merupakan air tulen secara kimia yang tidak mengandungi mineral yang penting manakala Air ╥ HexagonTM mengandungi mineral bio-aktif.

“Semua kandungan bendasing air yang telah ditulenkan telah tersingkir (kebanyakkannya adalah bahan mineral). Ini bukan keadaan semulajadi. Pada tahap semula jadi, air mengandungi pelbagai jenis bahan mineral yang berbeza. Apabila ditulenkan, air akan cuba kembali ke bentuk asalnya dengan bertindak balas secra kimia dengan apa-apa bahan mineral yang ditemuinya. Disebabkan kecenderungan ini, air tulen adalah air ‘agresif’… ‘keagresifan’ air tulen ini boleh menimbulkan masalah-masalah kesihatan dalamjangka panjang.” – The Drinking Water Book.

Wednesday, July 16, 2008